Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Jun 2010

KETEGANGAN FIKIRAN

Ketegangan fikiran mungkin berpunca dari gelombang handphone yang anda guna. Ini akan lebih ketara jika anda bercakap lama sehingga Handphone menjadi panas. Oleh itu lebih baik SMS sahaja dan gunakan phone biasa bila perlu berbual panjang. Adakah herba boleh membantu? sudah tentu terdapat herba yang baik untuk menurunkan ketegangan ini.

Ketegangan frekuansi otak dapat diredakan dengan pengambilan pokok bayam merah. Bayam merah juga menyerap gelombang bunyi sama seperti handphone dan sudah terdapat kajian di Jepun menggunakan bayam dalam handphone

Di HPA kita ada kapsul HB iaitu sinergi bayam merah dan pegaga. Ia sangat baik untuk menyerap gelombang handphone yang berlebihan dan menurunkan ketegangan di otak. InsyaAllah lihatlah keberkesananya nanti.

Sabtu, 29 Mei 2010

MENGHILANGKAN TOMPOK HITAM

Tompok-tompok hitam pada wajah biasanya terjadi akibat pendedahan yang terlalu kerap kepada bahang matahari. Ia akan menjadi semakin parah jika dibiarkan kerana ia boleh meninggalkan parut dan kesan lubang pada wajah. (Rozalina Mohamad)

Tompok hitam dimuka (freckles/jeragat) boleh dihilangkan menggunakan kombinasi bedak tompok hitam dan minyak sepang.Sapukan adunan itu 2 atau 3 kali sehari terutama waktu pagi atau malam.InsyaAllah dalam tempoh seminggu tompok hitam akan hilang.Disamping itu jangan lupa pengambilan omega 3 (kapsul/soft gel).(Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA)

Khamis, 27 Mei 2010

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.

2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.