- Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah". Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
- Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
- Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
- Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
- Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
- Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
- Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
- Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar.
- Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
- Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.. Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah.
PLAN PEMASARAN
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan