Ahad, 18 Julai 2010

Contest ” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

Asalamulaikun, bulan Julai maka genap sudah 5 bulan 1hpa.blogspot di lancarkan, Untuk memeriahkan lagi suasana di blogs 1hpa ini, dan sebagai menghargai kunjungan tuan dan puan ke blogs ini,akan diadakan satu contest . Sebagai pendedahan awal contest ini akan di beri tajuk ” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”...syarat-syarat dan tarikh akan di beritahu kemudian. Antara hadiah nya seperti berikut:

Tempat Pertama: 1 kid Niaga Keahlian HPA (Seumur Hidup)+ 1 kad sim 3G Hotlink YouthClub
10 hadiah sagu hati : 1 kad sim 3G Hotlink YouthClub


NANTIKAN CONTEST 
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

RADIX Fried Chicken (RFC) Kubang Kerian

RFC Kubang Kerian, Kelantan akan di rasmikan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Mulai 10hb Julai 2010, RFC KUBANG KERIAN telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan

Radix Bakery House (RBH) Kota Bharu, Kelantan

Cawangan kedua Radix Bakery House (RBH) selepas cawangan pertama dibuka di Sungai Petani, Kedah.

RBH menggunakan produk HPA sendiri dalam pembuatan kek dan rotinya, seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas dan jem roselle.

RFC Diperluas Ke Seluruh Negara

9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

Radix Fried Chicken (RFC) Kangar


Cawangan RFC ke 6
RADIX Fried Chicken Kangar 86 & 88 ,
Jalan Pertiwi Taman ,Pertiwi Jalan Kangar,
Alor Setar Seriab 01000 Kangar 

Perasmian oleh
YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu
Menteri Besar
Perlis Indera Kayangan

pada hari Jumaat, 09 Julai 2010

Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kangar



Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kangar, Perlis mendapat liputan berita di TV 1. RFC ke-6 selepas Sg Petani, Alor Setar, Laguna Merbok.


Sekitar Majlis Perasmian



Selasa, 6 Julai 2010

Perasmian RADIX Fried Chicken (RFC) Kangar!

Dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian RFC Kangar akan diadakan  pada 09 JULAI 2010 (Jumaat), jam 3.00 petang….Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mat Isa Bin Sabu…..insyallah

Semua ahli dan pemimpin HPA seluruh negara dijemput hadir..Pakaian Batik..

Sabtu, 3 Julai 2010

Pusat Industri Halal Pertama di Malaysia DI MELAKA HALAL HUB

HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.

Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.

Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan. 

Jawatan Kosong HPA-Melaka Halal Hub


JAWATAN KOSONG  DI HPA- MELAKA HALAL HUB!!!

-Engineer
-Juruteknik
-Tukang Masak
-Pembantu Kantin
- Pembantu Restoran
-'Cleaner'

Dapatkan Borang Permohanan di Pos Pengawal HPA-MHH,