Memaparkan catatan dengan label HPA PERLIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HPA PERLIS. Papar semua catatan

Ahad, 18 Julai 2010

RFC Diperluas Ke Seluruh Negara

9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

Radix Fried Chicken (RFC) Kangar


Cawangan RFC ke 6
RADIX Fried Chicken Kangar 86 & 88 ,
Jalan Pertiwi Taman ,Pertiwi Jalan Kangar,
Alor Setar Seriab 01000 Kangar 

Perasmian oleh
YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu
Menteri Besar
Perlis Indera Kayangan

pada hari Jumaat, 09 Julai 2010

Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kangar



Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kangar, Perlis mendapat liputan berita di TV 1. RFC ke-6 selepas Sg Petani, Alor Setar, Laguna Merbok.


Sekitar Majlis Perasmian



Selasa, 6 Julai 2010

Perasmian RADIX Fried Chicken (RFC) Kangar!

Dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian RFC Kangar akan diadakan  pada 09 JULAI 2010 (Jumaat), jam 3.00 petang….Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mat Isa Bin Sabu…..insyallah

Semua ahli dan pemimpin HPA seluruh negara dijemput hadir..Pakaian Batik..