Jumaat, 3 Disember 2010

Radix Fried Chicken Cawangan Terengganu

Kini Herba Penawar Al-wahida atau juga di kenali sebagai HPA telah mengorak langkah dengan membuka sebuah lagi Restoren Halal iaitu Radix Fried Chicken atau singkatan RFC. Dengan pembukaan RFC kedua di pantai timur  dan yang pertama di Terengganu. Restoren ini telah di buka umun pada 2 Desember 2010 yang lalu berlokasi di pusat bandar dan bersebelahan Cawangan HPA Kuala Terengganu 2.


LOT 4232(G/F) WISMA CHU KEE OFF,
JLN SULTAN ISMAIL/JLN TOK LAM ,
20200 KUALA TERENGGANU TERENGGANU D. IMAN
(Belakang Stadium Kuala Terengganu)
09 6309527 09 6409528 

p/s: Gambar sumber: laman Hpa.. Tunggu apa lagi Jom Serbu..Berminat ingin menjadi ahli HPA atau Kad ahli RFC hubungi saya di no 017-9592048. dan dapatkan Nilai mata setiap anda belanjakan di Rangkaiyan Niaga HPA

Khamis, 28 Oktober 2010

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) - Zon Selatan

MEGA PBC anjuran KPS akan diadakan pada bulan November 2010.
TARIKH : 6 – 7 NOVEMBER 2010
TEMPAT : HOTEL SRI MALAYSIA AIR KEROH MELAKA
BAYARAN : RM 160

PENCERAMAH :
TUAN HJ. ISMAIL B. AHMAD – PENGARAH URUSAN
EN. MOHD FAISOL B. ABD. RAHMAN – PENGURUS BESAR
USTAZ ZULKANAIN – AHLI PANEL SYARIAH
PENAMPILAN ISTIMEWA : KUMPULAN RAIHAN

Tentatif Program

Rabu, 25 Ogos 2010

Radix Fried Chicken (RFC) Melaka

Semperna Bulan Puasa ni Apa kata Kita berbuka di RFC melaka...Yang tinggal jauh jangan pulak datang melaka semata-mata nak makan makanan Halal.kekekke

Kursus - SIJIL HERBALIS KE - 19

KURSUS
SIJIL HERBALIS KE-19
11 - 31 DISEMBER 2010
SUNGAI PETANI, KEDAH

YURAN PENDAFTARAN : RM3000
Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam)
No. Akaun : 090 100 100 02734
Nama : Ismail Bin Ahmad

Pendaftaran & Maklumat Boleh Hubungi:
Norasyikin : 019-6330727
Azira : 019-4548727
Zaki : 013-3005419
DOWNLOAD BORANG
Klik Sini

PELAJAR TERHAD HANYA 50 ORANG SAHAJA 

MAJLIS BERBUKA PUASA HPA ZON TIMUR


MAJLIS BERBUKA PUASA HPA  ZON TIMUR
iaitu bagi Terengganu Dan Pahang seperti berikut;

Terengganu
Tempat :Restoran Suria Rasa,Marang,Terengganu
Tarikh: 28 Ogos 2010
Masa: 6 Petang-8 Malam

Pahang
Tempat : Akademik Latihan Felda (ALAF),
Jalan Bukit Goh,Kuantan
Tarikh: 29 Ogos 2010
Masa: 6 Petang-8 Malam

Sabtu, 21 Ogos 2010

Jawatan Kosong Di Sungai Petani, Kedah

KILANG PLASTIK
(LOKASI: PERINDUSTRIAN RIA JAYA, SG. PETANI)

JAWATAN YANG DIPERLUKAN :
- PENYELIA
- KERANI AM
- STORE KEEPER
- OPERATOR ( Lelaki shj )
- JURUTEKNIK EXTRUDER MACHINE
- JURUTEKNIK PRINTING MACHINE


TARAF KELAYAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
•    Bumiputera ( Lelaki / Perempuan )
•    Minimum – mempunyai Sijil SPM, DIPLOMA dan keatas.
•    Berusia 18 tahun dan keatas.
•    Mempunyai pengalaman dan minat yang mendalam dalam jawatan yang ditawarkan.
•    Berkebolehan dan bertanggungjawab dalammenjalankan tugas yang diamanahkan.
•    Mempunyai kenderaan adalah satu kelebihan.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus
di talian : 04 – 4484714 @ 04 – 4417520.

 Dan dapatkan borang jawatan kosong di alamat:
PEJABAT PENTADBIRAN EL - ZAHRAA SDN BHD
No 19 jalan cempaka 1/1 Bandar Amanjaya 08000
Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Jumaat, 20 Ogos 2010

McDonald Tidak Halal.

Asalamulaikum..salam berpuasa..
Semalam One Hpa seperti biasa dengan Terjah menenjah Blogs...sampailahh satu blogs Teratak Usang  tu one hpa tertarik dngan artikelnya yang berbunyi begini "Daging McDonald Tidak Halal". berikut artikel yang di tulis oleh beliau..Jom layan...shhhhhhhhhhhh..

Rabu, 18 Ogos 2010

Senduduk (Melastoma malabathricum)

  Gambar Sumber :wikimedia.org

Nama saintifik bagi pokok senduduk adalah Melastoma malabthricum. Ia adalah dari famili Melastomaceae. Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang tumbuhan liar di kawasan terbiar.

Isnin, 16 Ogos 2010

Sinergi Produk Herba HPA

Bagi memudahkan para perawat memahami sinergi herba yang baik, disini disediakan satu senarai asas panduan lengkap untuk kegunaan anda.

Adalah dinasihatkan semua perawat membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi, jantung, gula dalam darah, urid asid dan membuat diagnos serta merekodkan segala permasalahan pesakit sebelum memberi herba dan rawatan.

Sinergi ini hanya sebagai asas permasalahan sahaja, Sinergi yang sebaiknya adalah setelah membuat diagnosis pada pesakit dan mengambil ukur tahap permasalahan sakit yang di hadapinya ketika itu. Keseimbangan unsur tanah, air, api dan angin haruslah di ambil kira untuk menentukan sinergi herba yang sesuai.

3 bulan pertama adalah proses pembersihan. Biasanya pesakit akan mengalami DOC (direction of cure) sementara 3 bulan kedua adalah pemulihan dan 3 bulan berikutnya bermulanya kesembuhan. Biiznillah. Insyaallah.

Ahad, 15 Ogos 2010

Buffered Earnings Ke 2

Asalamulaikum dan salam Hormat..Apa dia Buffered Earnings atau Pendapatan Terumpuk...Kalau di lihat minggu ini banyak blogs-blogs memaparkan Buffered Earning yang mereka dapat atau perolehi..Untuk Mengetahui maksudnya !HPA salin terus dari laman NUFFNANG 

Sabtu, 14 Ogos 2010

Awas !!! Hati-hati Dengan Kurma Jordan River

Salam ramadhan ..
sekarang bulan puasa
...berhati-hati........be careful of kurma yahudi .. tolong distribute !
bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan
tetapi dihasilkan dari negara Israel
....dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .
Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin.
Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya
berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi. Sila sebarkan...


Sumber: Pisau.Net

Khamis, 5 Ogos 2010

Temuduga Terbuka - Bangi, Selangor

TEMUDUGA TERBUKA

TARIKH : 06 OGOS 2010
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 06.00 PETANG
TEMPAT : CAWANGAN BANGI

Rabu, 4 Ogos 2010

PENGAJIAN HADIS SOHEH BUKHARI

UNTUK PENGLIHATAN LEBIH JELAS SILA KLIK GAMBAR DI ATAS

Minyak Kayu Putih

Minyak kayu Putih dihasilkan dari hasil proses penyulingan daun dan ranting kayu putih. Minyak ini digunakan untuk perawatan memanaskan tubuh, sakit-sakit otot dan mencegah perut kembung.

Demam

 Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. 
Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. 
Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.

Chlorophyll Drop HPA ~ Buang asid buang penyakit.

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Ahad, 18 Julai 2010

Contest ” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

Asalamulaikun, bulan Julai maka genap sudah 5 bulan 1hpa.blogspot di lancarkan, Untuk memeriahkan lagi suasana di blogs 1hpa ini, dan sebagai menghargai kunjungan tuan dan puan ke blogs ini,akan diadakan satu contest . Sebagai pendedahan awal contest ini akan di beri tajuk ” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”...syarat-syarat dan tarikh akan di beritahu kemudian. Antara hadiah nya seperti berikut:

Tempat Pertama: 1 kid Niaga Keahlian HPA (Seumur Hidup)+ 1 kad sim 3G Hotlink YouthClub
10 hadiah sagu hati : 1 kad sim 3G Hotlink YouthClub


NANTIKAN CONTEST 
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

RADIX Fried Chicken (RFC) Kubang Kerian

RFC Kubang Kerian, Kelantan akan di rasmikan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Mulai 10hb Julai 2010, RFC KUBANG KERIAN telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan

Radix Bakery House (RBH) Kota Bharu, Kelantan

Cawangan kedua Radix Bakery House (RBH) selepas cawangan pertama dibuka di Sungai Petani, Kedah.

RBH menggunakan produk HPA sendiri dalam pembuatan kek dan rotinya, seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas dan jem roselle.

RFC Diperluas Ke Seluruh Negara

9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

Radix Fried Chicken (RFC) Kangar


Cawangan RFC ke 6
RADIX Fried Chicken Kangar 86 & 88 ,
Jalan Pertiwi Taman ,Pertiwi Jalan Kangar,
Alor Setar Seriab 01000 Kangar 

Perasmian oleh
YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu
Menteri Besar
Perlis Indera Kayangan

pada hari Jumaat, 09 Julai 2010

Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kangar



Perasmian Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kangar, Perlis mendapat liputan berita di TV 1. RFC ke-6 selepas Sg Petani, Alor Setar, Laguna Merbok.


Sekitar Majlis Perasmian



Selasa, 6 Julai 2010

Perasmian RADIX Fried Chicken (RFC) Kangar!

Dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian RFC Kangar akan diadakan  pada 09 JULAI 2010 (Jumaat), jam 3.00 petang….Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mat Isa Bin Sabu…..insyallah

Semua ahli dan pemimpin HPA seluruh negara dijemput hadir..Pakaian Batik..

Sabtu, 3 Julai 2010

Pusat Industri Halal Pertama di Malaysia DI MELAKA HALAL HUB

HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.

Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.

Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan. 

Jawatan Kosong HPA-Melaka Halal Hub


JAWATAN KOSONG  DI HPA- MELAKA HALAL HUB!!!

-Engineer
-Juruteknik
-Tukang Masak
-Pembantu Kantin
- Pembantu Restoran
-'Cleaner'

Dapatkan Borang Permohanan di Pos Pengawal HPA-MHH,

Selasa, 29 Jun 2010

KEMBUNG PERUT

Pengenalan
Kembung perut adalah reaksi  angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak  mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan  bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Isnin, 28 Jun 2010

STATUS PEMBUNGKUSAN MAKANAN SEGERA DI RAGUI PIHAK JAKIN

Salam buat semua..baru baru ini bahagian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah membuat serbuan ke sebuah pasaraya besar . Pihak JAKIM telah menjumpai platik pembungkusan potato chip ,atau kentang yang belum digoreng dan diragui status kehalalanya.Sila lihat tulisan pada pelastik pembungkusan, ejaan pun tidak mendapat kelulusan DBP.. Mahukah kita makan benda benda macam nie..sebelum ini pun ada seorang peniaga telah menyaman sebuah pasaraya besar mengenai masalah status halal ayam yang dibeli di pasaraya tersebut... tak tahulah apa ak jadi..mencari makanan yang halal itu fardu..kita perlu mencari yang halal ye...umat Islam harus peka berkaitan perkara halal ye.. (SUMBER:http://www.kachipemas.blogspot.com)



Ahad, 27 Jun 2010

KULIAH MINGGUAN HPA

KULIAH MINGGUAN adalah terbuka untuk semua ahli dan bakal ahli HPA. Masuk adalah percuma. Kerjasama hadirin untuk hadir mengikut waktu yang telah ditetapkan dan berpakaian dengan sopan akan melancarkan perjalanan majlis ilmu. InsyaAllah.

Menghadirkan diri dalam kelas mingguan atau program-program lain adalah antara asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat tersebut. Begitu juga dengan HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.

Kelas mingguan HPA dikendalikan oleh ahli/pengedar HPA yang berpengalaman. Antara pengisian dalam kelas mingguan adalah pengenalan syarikat, product knowledge, testimoni pengguna, motivasi & strategi perniagaan, penerangan marketing plan dan juga berita terkini syarikat serta pemberitahuan program-program semasa. Tiada bayaran dikenakan untuk menghadiri kelas ini.

KULIAH MINGGUAN HPA Melaka

Selasa - jam 9 malam
Cawangan HPA semabok Perdana

Rabu - jam 9 malam
HPA Halal Mart Ayer Keroh

Ahad - jam 2 petang
Cawangan Semabok Perdana

Jumaat - jam 8.30 malam
Cawangan Masjid Tanah

Sabtu - jam 9 malam

Cawangan Tampin

Sabtu, 26 Jun 2010

Malaysia Halal Showcase (MIHAS) 2010


23 - 27 JUN 2010
Malaysia Halal Showcase (MIHAS) 2010 sedang berlangsung di MATRADE Exhibition & Convention Center (MECC), Jalan Duta, Kuala Lumpur. HPA Industries Sdn. Bhd dengan kerjasama Melaka Halal Hub bergabung tenaga dengan menyertai dalam pameran Halal terbesar dirantau asia ini. Booth HPA Melaka Halal Hub terletak di Dewan G, (Berhampiran Pintu Gerbang MECC), bernombor 153 & 154 telah menarik perhatian ramai pengunjung sama ada di dalam mahupun luar Negara. Pameran ini berlangsung selama seminggu dari 23 hingga 27 Jun 2010. Majlis Perasmian MIHAS 2010 dan Perasmian World Halal Research 2010 disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Setelah selesai majlis tersebut, YAB Perdana Menteri melawat ke Booth - Booth pameran MIHAS 2010 yang turut disertai Kakitangan kerajaan yang lain.

Khamis, 24 Jun 2010

Selasa, 22 Jun 2010

KOPI RADIX

Khasiat Kopi Radix:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang

Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

MINYAK KELAPA DARA/VCO

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

MINYAK KELAPA DARA (Virgin Coconut Oil)

Minyak Kelapa Murni (MKM) atau Virgin Coconut Oil adalah sejenis minyak hasil pengolahan minyak kelapa biasa. Minyak kelapa yang dihasilkan lebih bermutu dengan memiliki kadar air dan kandungan asid lemak bebas yang lebih rendah, masing-masingnya hanya 0.02% dan 0.02- 0.03%, berwarna jernih (color less/white color) serta berbau harum. Daya simpannya pun menjadi lebih lama, sekitar 12 bulan. Selain itu, minyak ini tidak mengandungi kolesterol dan asid lauratnya diubah menjadi monolaurin sehingga bersifat anti-virus.

Sabtu, 19 Jun 2010

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah". Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

Khamis, 17 Jun 2010

PEMIMPIN HPA - PJS SYED AGEEL SYED MOHD MAHAYADIN

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:

Rabu, 16 Jun 2010

PLAN PEMASARAN

Adil & Sukses
HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

KRIM PELANGSING BADAN

Diperkaya dengan bahan aktif dan ekstrak tumbuhan terpilih, Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream) keluaran HPA berguna untuk membantu memecahkan lemak dan melangsingkan tubuh badan. Gunakan setiap hari selepas mandi pada kulit yang kering.

FICUS ATAU BEDAK DELIMA (BIJI)

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk rawatan buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

BEDAK TALKUM WANITA (MBK)

Adunan istimewa dengan haruman sitrus, bunga-bungaan dan rempah ratus menimbulkan keceriaan dan keselesaan agar terasa segar, nyaman dan harum.

CALMING FLUID - PENYEGAR

Gel berasaskan air yang inovatif. Mengandungi Chamomile, Aloe Vera, Centella Asiatica, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Ekstrak Portulaca, Enzim Sepang dan Betik yang melembutkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.

LADY CHEER - PEMBERSIH KHAS UNTUK WANITA

Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.
Kelebihan Produk :
1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina

SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid. Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 70 (ahli)/ RM85
Sabah & Sarawak: RM 80 (ahli)/ RM95

Nilai Mata (NM): 25

Selasa, 15 Jun 2010

TEMUDUGA TERBUKA DI HPA CAWANGAN AMPANG

JAWATAN :Pembantu Eksekutif Cawangan

SYARAT-SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
* Terdiri daripada warganegara Malaysia.
* Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
* Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
* Bersedia menjalankan tugas tanpa mengira waktu / pada waktu malam tanpa sebarang masalah.
* Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan / penyakit kronik.
* Mempunyai lesen & kenderaan sendiri

KEMUDAHAN
* Faedah rawatan perubatan (diri, isteri/suami, anak-anak)
* KWSP dan SOCSO
* Insurans
* Elaun Perjalanan

HUBUNGI
Temuduga terbuka di HPA Cawangan Ampang
Pada 18/06/2010
Jumaat. 11pg-4.00ptg.

Pusat Operasi Zon Tengah
6& 8, Persiaran Perindustrian Silibin 1,
Kawasan Perindustrian Ringan Silibin,
30100 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5292717/05-5292716 (Rafidah)

Ahad, 13 Jun 2010

TOMATO (Solanum lycopersicum, Lycopersicon lycopersicum)

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali. Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.

Sabtu, 12 Jun 2010

KATEGORI PRODUK DAN PEMAKANAN DALAM ISLAM

1-Halal-Guna,perkenal dan niagakan.(Semua bahan mentah dan ramuan yang terbabit dalam penghasilannya dalah halal.Selamat untuk akal dan tubuh badan,bebas`dari bahan mentah dan ramuan najis,tidak dr babi,anjing dan binatang najis,tidak diproses,disedia atau dikilang alat-alat yg tidak bebas dari benda najis.)

2-Haram-Jauhi sejauh-jauhnya Produk yang yang tidak di izinkan syarak untuk diguna atau dinikmati oleh umat Islam khususnya.(datangkan mudharat tubuh,badan akal,guna bahan ramuan dianggap najis,ramuan dari binatang yg tak dibenarkan,binatang yg tak disembelih,dan cara pemprosesan yang melanggar kehendak syarak)

3-Syubhah-Diragui status samaada halal atau haram. Langkah yang terbaik adalah meninggalkannya.
 
Hadis nabi saw “sesiapa yang menjaga dirinya dari segala yang syubhat,sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya.Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah,kemungkinan ia terjatuh dalam perkara yang haram.

BAYAM DURI ATAU BAYAN HUTAN - (Amaranthus spinosus)

Apa itu Bayam Duri /Bayan Hutan (Amaranthus spinosus )?
Tumbuhan bayam ini pada bahagian batangnya terdapat duri sehingga dikenal dengan sebutan Bayam Duri ,tumbuhan ini juga dalam keluarga A.spinosus. Bayam duri biasanya tumbuh liar di kebun-kebun yang terlantar, tepi parit/got, tepi jalan yang di daerah dataran rendah.

Ciri-ciri tumbuhan bayam ini iaitu:
  1. Tumbuh tegak, tinggi berkisar 30 – 100 cm.
  2. Batang berwarna hijau atau kemerahan, bahagian pangkal polos, bahagian atas sedikit berambut, batang bercabang dan berduri.
  3. Daun tunggal, letak berselang-seling, bentuk daun bundar telur memanjang, tepi rata kadang beringgit, panjang 1,5 -6 cm, lebar 1 – 3 cm dan berwarna hijau.
  4. Pada ketiak daun terdapat sepasang duri keras yang mudah lepas.
  5. Bunga berbentuk bola di ketiak dan berbentuk bulir, warna hijau keputihan.
  6. Buah bulat panjang, warna hijau.
  7. Biji bulat kecil dan hitam.
  8. Berkembang dengan biji.
Sifat dan Khasiat
Akar bayam duri rasanya manis, pahit dan sejuk, masuk meridian jantung dan ginjal. Berkhasiat sebagai pereda demam (antipiretik), peluruh kencing (diuretik), peluruh haid, peluruh dahak (ekspektoran), penawar racun (antitoksik), menhilangkan bengkak (detumescent), dan pembersih darah. Herba bayam duri berkhasiat sebagai pembersih darah, pelancar ASI (laktagoga), dan diuretik.

Kandungan Kimia
Bayam duri mengandung amarantin, rutin, spinasterol, hentriakontan, tanin, kalium nitrat, kalsium oksalat, garam fosfat, zat besi, serta vitamin (A, C, K dan piridoksin = B6).

Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan akar bayam duri :
  1. Desentri, diare;
  2. Sakit tenggorok, sakit gigi, demam;
  3. Radang saluran nafas (bronkitis);
  4. TBC kelenjar (skrofuloderma);
  5. Keputihan (leukorea), radang rahim;
  6. Terlambat datang haid;
  7. Kencing sedikit, kencing nanah;
  8. Batu hempedu.
Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan herba :
  • Sakit dada;
  • Bronkitis akut;
  • Kurang darah (anemia) dan
  • Keluar ASI sedikit.

PRODUK HPA --HB

HB

H.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. Selain dari itu, H.B juga dapat mengubati permasalahan berikut:-
  1. Menghancurkan batu karang.
  2. Penyakit kencing manis.
  3. Penyakit keputihan.
  4. Penyakit saraf.
  5. Penyakit kulit.
  6. Penyakit asma.
  7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.
  8. Demam panas.
  9. Penyakit kuning atau jaundis.
  10. Sifilis.
  11. Buasir.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 17 (ahli)/RM22
Sabah & Sarawak: RM 20 (ahli)/ RM25

KETEGANGAN FIKIRAN

Ketegangan fikiran mungkin berpunca dari gelombang handphone yang anda guna. Ini akan lebih ketara jika anda bercakap lama sehingga Handphone menjadi panas. Oleh itu lebih baik SMS sahaja dan gunakan phone biasa bila perlu berbual panjang. Adakah herba boleh membantu? sudah tentu terdapat herba yang baik untuk menurunkan ketegangan ini.

Ketegangan frekuansi otak dapat diredakan dengan pengambilan pokok bayam merah. Bayam merah juga menyerap gelombang bunyi sama seperti handphone dan sudah terdapat kajian di Jepun menggunakan bayam dalam handphone

Di HPA kita ada kapsul HB iaitu sinergi bayam merah dan pegaga. Ia sangat baik untuk menyerap gelombang handphone yang berlebihan dan menurunkan ketegangan di otak. InsyaAllah lihatlah keberkesananya nanti.

KUBAH MASJID DI IRIAN JAYA


Penduduk Arguni Irian Jaya membawa kubah masjid yang disumbang oleh seluruh ahli-ahli HPA. Memberi pada yang memerlukanya . Tk semua yang menyokong peniagaan HPA.amin.