Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali. Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.
Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. (Sumber :Wikepedia)
PETUA
Menghaluskan Kulit Muka.
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Jerawat
Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.
MAKANAN
Sup Tomato
Bahan-Bahan
200gm tomato segar
50gm daun basil
30ml minyak zaitun
50gm bawang merah yang dicincang
50gm bawang putih yang dicincang
50gm stok ayam
sedikit perasa
Cara Penyediaan
1. Rebus tomato dengan air panas sehingga lembut, kemudian dicincang sehingga menjadi halus.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun basil.
3. Masukkan tomtao yang telah dicincang tadi dan tumis selama 5 minit.
4. Kisar bahan yang telah ditumis tadi sehingga menjadi halus.
5. Tambah stok ayam dan masukkan perasa.
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN TOMATO
1. Menyembuhkan gusi berdarah dan sakit perut.
2. Menghaluskan wajah dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.
3. Mengurangkan paras kolestrol LDL (kolestrol jahat), sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.
4. Mengurangkan risiko kanser prostat.
5. Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
6. Melancarkan perjalanan darah.
7. Menghalang pembengkakan dan keradangan.
8. Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung pada alahan.
9. Melewatkan penuaan.
10. Mengatasi bisul.
INFO KESIHATAN
Cara terbaik untuk menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato kerana ia dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan juga mengawal tekanan darah supaya stabil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan