Selasa, 22 Jun 2010

MINYAK KELAPA DARA (Virgin Coconut Oil)

Minyak Kelapa Murni (MKM) atau Virgin Coconut Oil adalah sejenis minyak hasil pengolahan minyak kelapa biasa. Minyak kelapa yang dihasilkan lebih bermutu dengan memiliki kadar air dan kandungan asid lemak bebas yang lebih rendah, masing-masingnya hanya 0.02% dan 0.02- 0.03%, berwarna jernih (color less/white color) serta berbau harum. Daya simpannya pun menjadi lebih lama, sekitar 12 bulan. Selain itu, minyak ini tidak mengandungi kolesterol dan asid lauratnya diubah menjadi monolaurin sehingga bersifat anti-virus.Perbezaan MKM Dengan Minyak Kelapa Biasa
MKM diproses tanpa menggunakan sebarang haba atau bahan Kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal MKM terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat anti-virus dan anti-bakterianya. Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalamannya terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan seperti meningkatkan kolesterol. Oleh kerana MKM amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.

Kelebihan MKM
  • Pembasmi Kuman Semulajadi.
  • Pemangkin Kadar Metabolisma Badan.
Kegunaan MKM Dalam Perubatan
  • HIV - Penelitian terhadap penderita HIV menunjukkan bahawa pemberian MKM dapat merawat HIV. Asid laurat yang terdapat di dalam MKM telah diubah kepada Monolaurin merupakan suatu bentuk sebatian kimia Monogliserida. Sebatian ini bersifat sebagai anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat. Monolaurin dapat merosak Membran Lipid (lapisan pembungkus virus) di antaranya virus HIV. Selain itu, MKM juga telah dicuba kepada penderita sindrom pernafasan akut atau SARS.
  • Kanser - Di dalam tubuh manusia terdapat sel-sel kanser. Namun, tidak semua orang akan diserang kanser. Sistem kekebalan tubuh perlu diperbaiki iaitu dengan mengambil minyak kelapa supaya terhindar dari risiko diserang kanser.
  • Liver (Hati) - Salah satu peradangan pada hati ialah hepatitis. Hepatitis ada tiga jenis, iaitu hepatitis A, B dan C. Semuanya disebabkan oleh infeksi virus. MKM dengan kandungan MCFA dapat mencegah dan mengatasi infeksi virus. .
  • Osteoporosis - Mengambil MKM dapat membantu mempertahankan keseimbangan hormon yang menyihatkan tulang. Dengan pengambilan minyak ini, maka proses degeneratif akan diperlambatkan dengan cara memperbaiki penyerapan mineral, melindungi tulang dari radikal bebas dan mempertahankan keseimbangan hormon.
  • Diabetes - Bagi MKM, ia mengurangkan tekanan terhadap pankreas untuk menghasilkan enzim serta membantu dalam perembesan insulin secara sempurna. Secara kesimpulannya, ia membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah dan seterusnya mengelakkan penyakit diabetes.
  • Penyakit Jantung - Ia disebabkan oleh pengerasan pembuluh darah. Pengerasan ini diakibatkan oleh pengumpulan kolesterol dan protein dalam bentuk plak. MKM bertindak sebagai antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas sehingga tidak membahayakan tubuh.
  • Obesiti - Lemak tepu rantai sederhana yang ada dalam minyak kelapa murni sangat perlu untuk mengawal berat badan. Dengan mengambil MKM, masalah obesiti akan dapat diatasi kerana asid lemak tepu berantai pendek yang ada dalam minyak ini akan langsung dibakar oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Kegunaan MKM Dalam Kosmetik
  • Perawatan Kulit - Tisu konektif merupakan jaringan tisu yang paling banyak di dalam tubuh dan ia terdiri dari serat yang kuat untuk membentuk kerangka pendukung tubuh dan menyatukan semua jaringan. Ini dapat menguatkan kulit dan elastis. Namun, pada umur tua, jaringan konektif mengalami kerosakan, menyebabkan kulit pun mengendur dan mulai berkerut. Dengan menggunakan MKM sebagai losen, ia mampu mencegah kerosakan jaringan dan memberi perlindungan terhadapnya serta menjadikan kulit lebih kuat dan bersifat elastik. la juga mampu mencegah tompok hitam di kulit dan melindungi kulit dari cahaya matahari.
  • Perawatan Rambut - Minyak kelapa dapat melindungi rambut dari kusam dan memperbaikinya bila terjadi kerosakan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan syampu perapi (hair conditioner) untuk merawat kelemumur.

3 ulasan:

  1. The prіmary quеѕtion in your mind at this time should
    be doеs trilastin perform?

    Heгe iѕ my blog; visit Website

    BalasPadam
  2. Тhе belt oρerates tо tighten your muscle tissues by сontгacting them, anԁ then relaxing them, аnԁ then repеаting thе motiοn, and it targets
    all the muscles in your аbdomіnal
    section.

    Ѕtop by my wеbρаge :: http://www.prnewswire.com/news-releases/flex-belt-review-and-latest-coupon-code-savings-now-featured-at-awesomealldaycom-190317331.html
    my webpage > http://Sittaka.npuart.com

    BalasPadam
  3. Few ideas can match some of you, even though couple of
    thoughts could not. Surgical procedure includes the pain of recovery, and usually
    carries hazards.

    my web site Dermatend Mole & Skin Tag Remover

    BalasPadam