Sabtu, 12 Jun 2010

BAYAM DURI ATAU BAYAN HUTAN - (Amaranthus spinosus)

Apa itu Bayam Duri /Bayan Hutan (Amaranthus spinosus )?
Tumbuhan bayam ini pada bahagian batangnya terdapat duri sehingga dikenal dengan sebutan Bayam Duri ,tumbuhan ini juga dalam keluarga A.spinosus. Bayam duri biasanya tumbuh liar di kebun-kebun yang terlantar, tepi parit/got, tepi jalan yang di daerah dataran rendah.

Ciri-ciri tumbuhan bayam ini iaitu:
  1. Tumbuh tegak, tinggi berkisar 30 – 100 cm.
  2. Batang berwarna hijau atau kemerahan, bahagian pangkal polos, bahagian atas sedikit berambut, batang bercabang dan berduri.
  3. Daun tunggal, letak berselang-seling, bentuk daun bundar telur memanjang, tepi rata kadang beringgit, panjang 1,5 -6 cm, lebar 1 – 3 cm dan berwarna hijau.
  4. Pada ketiak daun terdapat sepasang duri keras yang mudah lepas.
  5. Bunga berbentuk bola di ketiak dan berbentuk bulir, warna hijau keputihan.
  6. Buah bulat panjang, warna hijau.
  7. Biji bulat kecil dan hitam.
  8. Berkembang dengan biji.
Sifat dan Khasiat
Akar bayam duri rasanya manis, pahit dan sejuk, masuk meridian jantung dan ginjal. Berkhasiat sebagai pereda demam (antipiretik), peluruh kencing (diuretik), peluruh haid, peluruh dahak (ekspektoran), penawar racun (antitoksik), menhilangkan bengkak (detumescent), dan pembersih darah. Herba bayam duri berkhasiat sebagai pembersih darah, pelancar ASI (laktagoga), dan diuretik.

Kandungan Kimia
Bayam duri mengandung amarantin, rutin, spinasterol, hentriakontan, tanin, kalium nitrat, kalsium oksalat, garam fosfat, zat besi, serta vitamin (A, C, K dan piridoksin = B6).

Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan akar bayam duri :
  1. Desentri, diare;
  2. Sakit tenggorok, sakit gigi, demam;
  3. Radang saluran nafas (bronkitis);
  4. TBC kelenjar (skrofuloderma);
  5. Keputihan (leukorea), radang rahim;
  6. Terlambat datang haid;
  7. Kencing sedikit, kencing nanah;
  8. Batu hempedu.
Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan herba :
  • Sakit dada;
  • Bronkitis akut;
  • Kurang darah (anemia) dan
  • Keluar ASI sedikit.

PRODUK HPA --HB

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. hello :)
    bagusla blog ni. since saya studying chemistry, lagi bagus kann !


    read this okayy :)
    Soalan 1

    BalasPadam