Rabu, 18 Ogos 2010

Senduduk (Melastoma malabathricum)

  Gambar Sumber :wikimedia.org

Nama saintifik bagi pokok senduduk adalah Melastoma malabthricum. Ia adalah dari famili Melastomaceae. Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang tumbuhan liar di kawasan terbiar.
Pokok senduduk sesuai untuk merawat luka-luka bahagian dalam bagi wanita selepas bersalin. Kesesuaian ini adalah berdasarkan rujukan pada buku-buku  klinikal dan farmasi. Malahan, melalui temu bual pasukan penyelidikan MARDI dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional tempatan (sumber dr pkukmweb.). Antara kegunaan tumbuhan ini ialah :

- Terdapat putih-putih pada akar yang berfungsi untuk rawatan penyakit keputihan.
- Senduduk gajah digunakan dalam herba keputihan HPA. Bahagian digunakan: akar.
- Bahagian akar ini juga bersifat menurunkan hypoglycemic (menurunkan kadar glukosa yang sangat tinggi)
- Sekiranya akar herba ini diambil secara rebusan maka dos maksimum yang dibenarkan adalah secamca besar pagi & malam sahaja.



Tujuan: memberikan tenaga; diberikan kepada orang yang baru sembuh dari demam; juga baik untuk strok (Herba ini turut dimasukkan dalam herba rebusan lumpuh); menghentikan luka; daun & buah boleh digunakan untuk sakit perut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan