HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.
Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.
Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 150 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.
“Kami memperkenalkan banyak produk makanan baru seperti Radix mi kuning, sosej dan sate organik, makanan dalam tin, pelbagai jenis sos dan banyak lagi barangan yang disasarkan untuk kegunaan harian yang terjamin halal dan suci, sekali gus menjadi kekuatan syarikat.
“Pada masa sama, kami juga mensasarkan untuk membuka 100 RFC di seluruh negara yang mana apabila ia tercapai akan melonjakkan jualan kepada RM100 juta sebulan, sekali gus menjadikan HPA antara MLM yang mempunyai jualan melebihi RM1 bilion setahun di negara ini,” katanya sempena Konvek HPA 2009 di Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Konvek diadakan bagi meraikan pengedar terbaik MLM berkenaan yang menerima pelbagai insentif daripada wang tunai hingga pakej pelancongan ke Sepanyol, Australia, Indonesia dan pakej haji serta umrah.
Dalam Konvek HPA 2009, Hafidzan Fauzi dinobatkan sebagai Pengedar Lelaki Terbaik Tahun (DOTY) 2009 manakala Zaharah Mat Zain DOTY 2009 Wanita.
Sementara itu, Ismail berkata, selain RFC yang dibuka di Sungai Petani dan satu di Alor Setar, semuanya di Kedah, beberapa RFC lagi dalam pembinaan dan dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat di Melaka, Kluang, Johor dan Perlis.
Katanya, usaha juga sedang dijalankan untuk membuka RFC di Makkah dan berharap ia dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, lagi rangkaian restoran makanan segera milik HPA iaitu RCH turut mendapat sambutan luar biasa sebaik dibuka di Kodiang, Kedah menyebabkan beberapa lagi cawangan RCH kini dibuka seperti di Kangar, Perlis dan Alor Setar.
“Antara makanan disediakan di RCH ialah ayam golek, ayam panggang, ayam goreng RFC, sate organik, nasi ayam, aiskrim Toyibbah (keluaran HPA), nasi itik, jagung bakar, jagung cup, pop corn dan semua jenis minuman HPA,”

Harian Metro, 13 oktober 2009 (Selasa)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan