Selasa, 29 Jun 2010

KEMBUNG PERUT

Pengenalan
Kembung perut adalah reaksi  angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak  mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan  bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Isnin, 28 Jun 2010

STATUS PEMBUNGKUSAN MAKANAN SEGERA DI RAGUI PIHAK JAKIN

Salam buat semua..baru baru ini bahagian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah membuat serbuan ke sebuah pasaraya besar . Pihak JAKIM telah menjumpai platik pembungkusan potato chip ,atau kentang yang belum digoreng dan diragui status kehalalanya.Sila lihat tulisan pada pelastik pembungkusan, ejaan pun tidak mendapat kelulusan DBP.. Mahukah kita makan benda benda macam nie..sebelum ini pun ada seorang peniaga telah menyaman sebuah pasaraya besar mengenai masalah status halal ayam yang dibeli di pasaraya tersebut... tak tahulah apa ak jadi..mencari makanan yang halal itu fardu..kita perlu mencari yang halal ye...umat Islam harus peka berkaitan perkara halal ye.. (SUMBER:http://www.kachipemas.blogspot.com)



Ahad, 27 Jun 2010

KULIAH MINGGUAN HPA

KULIAH MINGGUAN adalah terbuka untuk semua ahli dan bakal ahli HPA. Masuk adalah percuma. Kerjasama hadirin untuk hadir mengikut waktu yang telah ditetapkan dan berpakaian dengan sopan akan melancarkan perjalanan majlis ilmu. InsyaAllah.

Menghadirkan diri dalam kelas mingguan atau program-program lain adalah antara asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat tersebut. Begitu juga dengan HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.

Kelas mingguan HPA dikendalikan oleh ahli/pengedar HPA yang berpengalaman. Antara pengisian dalam kelas mingguan adalah pengenalan syarikat, product knowledge, testimoni pengguna, motivasi & strategi perniagaan, penerangan marketing plan dan juga berita terkini syarikat serta pemberitahuan program-program semasa. Tiada bayaran dikenakan untuk menghadiri kelas ini.

KULIAH MINGGUAN HPA Melaka

Selasa - jam 9 malam
Cawangan HPA semabok Perdana

Rabu - jam 9 malam
HPA Halal Mart Ayer Keroh

Ahad - jam 2 petang
Cawangan Semabok Perdana

Jumaat - jam 8.30 malam
Cawangan Masjid Tanah

Sabtu - jam 9 malam

Cawangan Tampin

Sabtu, 26 Jun 2010

Malaysia Halal Showcase (MIHAS) 2010


23 - 27 JUN 2010
Malaysia Halal Showcase (MIHAS) 2010 sedang berlangsung di MATRADE Exhibition & Convention Center (MECC), Jalan Duta, Kuala Lumpur. HPA Industries Sdn. Bhd dengan kerjasama Melaka Halal Hub bergabung tenaga dengan menyertai dalam pameran Halal terbesar dirantau asia ini. Booth HPA Melaka Halal Hub terletak di Dewan G, (Berhampiran Pintu Gerbang MECC), bernombor 153 & 154 telah menarik perhatian ramai pengunjung sama ada di dalam mahupun luar Negara. Pameran ini berlangsung selama seminggu dari 23 hingga 27 Jun 2010. Majlis Perasmian MIHAS 2010 dan Perasmian World Halal Research 2010 disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Setelah selesai majlis tersebut, YAB Perdana Menteri melawat ke Booth - Booth pameran MIHAS 2010 yang turut disertai Kakitangan kerajaan yang lain.

Khamis, 24 Jun 2010

Selasa, 22 Jun 2010

KOPI RADIX

Khasiat Kopi Radix:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang

Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

MINYAK KELAPA DARA/VCO

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

MINYAK KELAPA DARA (Virgin Coconut Oil)

Minyak Kelapa Murni (MKM) atau Virgin Coconut Oil adalah sejenis minyak hasil pengolahan minyak kelapa biasa. Minyak kelapa yang dihasilkan lebih bermutu dengan memiliki kadar air dan kandungan asid lemak bebas yang lebih rendah, masing-masingnya hanya 0.02% dan 0.02- 0.03%, berwarna jernih (color less/white color) serta berbau harum. Daya simpannya pun menjadi lebih lama, sekitar 12 bulan. Selain itu, minyak ini tidak mengandungi kolesterol dan asid lauratnya diubah menjadi monolaurin sehingga bersifat anti-virus.

Sabtu, 19 Jun 2010

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah". Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

Khamis, 17 Jun 2010

PEMIMPIN HPA - PJS SYED AGEEL SYED MOHD MAHAYADIN

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:

Rabu, 16 Jun 2010

PLAN PEMASARAN

Adil & Sukses
HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

KRIM PELANGSING BADAN

Diperkaya dengan bahan aktif dan ekstrak tumbuhan terpilih, Krim Pelangsing Badan (Slim & Firm Cream) keluaran HPA berguna untuk membantu memecahkan lemak dan melangsingkan tubuh badan. Gunakan setiap hari selepas mandi pada kulit yang kering.

FICUS ATAU BEDAK DELIMA (BIJI)

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk rawatan buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa. Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

BEDAK TALKUM WANITA (MBK)

Adunan istimewa dengan haruman sitrus, bunga-bungaan dan rempah ratus menimbulkan keceriaan dan keselesaan agar terasa segar, nyaman dan harum.

CALMING FLUID - PENYEGAR

Gel berasaskan air yang inovatif. Mengandungi Chamomile, Aloe Vera, Centella Asiatica, Puraria Mirifica, Areca Catechu, Ekstrak Portulaca, Enzim Sepang dan Betik yang melembutkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.

LADY CHEER - PEMBERSIH KHAS UNTUK WANITA

Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.
Kelebihan Produk :
1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina

SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid. Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 70 (ahli)/ RM85
Sabah & Sarawak: RM 80 (ahli)/ RM95

Nilai Mata (NM): 25

Selasa, 15 Jun 2010

TEMUDUGA TERBUKA DI HPA CAWANGAN AMPANG

JAWATAN :Pembantu Eksekutif Cawangan

SYARAT-SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
* Terdiri daripada warganegara Malaysia.
* Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
* Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
* Bersedia menjalankan tugas tanpa mengira waktu / pada waktu malam tanpa sebarang masalah.
* Tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan / penyakit kronik.
* Mempunyai lesen & kenderaan sendiri

KEMUDAHAN
* Faedah rawatan perubatan (diri, isteri/suami, anak-anak)
* KWSP dan SOCSO
* Insurans
* Elaun Perjalanan

HUBUNGI
Temuduga terbuka di HPA Cawangan Ampang
Pada 18/06/2010
Jumaat. 11pg-4.00ptg.

Pusat Operasi Zon Tengah
6& 8, Persiaran Perindustrian Silibin 1,
Kawasan Perindustrian Ringan Silibin,
30100 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5292717/05-5292716 (Rafidah)

Ahad, 13 Jun 2010

TOMATO (Solanum lycopersicum, Lycopersicon lycopersicum)

Tomato (Solanum lycopersicum, dulu Lycopersicon lycopersicum) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali. Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza, dengan warna merah yang paling popular.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.

Sabtu, 12 Jun 2010

KATEGORI PRODUK DAN PEMAKANAN DALAM ISLAM

1-Halal-Guna,perkenal dan niagakan.(Semua bahan mentah dan ramuan yang terbabit dalam penghasilannya dalah halal.Selamat untuk akal dan tubuh badan,bebas`dari bahan mentah dan ramuan najis,tidak dr babi,anjing dan binatang najis,tidak diproses,disedia atau dikilang alat-alat yg tidak bebas dari benda najis.)

2-Haram-Jauhi sejauh-jauhnya Produk yang yang tidak di izinkan syarak untuk diguna atau dinikmati oleh umat Islam khususnya.(datangkan mudharat tubuh,badan akal,guna bahan ramuan dianggap najis,ramuan dari binatang yg tak dibenarkan,binatang yg tak disembelih,dan cara pemprosesan yang melanggar kehendak syarak)

3-Syubhah-Diragui status samaada halal atau haram. Langkah yang terbaik adalah meninggalkannya.
 
Hadis nabi saw “sesiapa yang menjaga dirinya dari segala yang syubhat,sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya.Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah,kemungkinan ia terjatuh dalam perkara yang haram.

BAYAM DURI ATAU BAYAN HUTAN - (Amaranthus spinosus)

Apa itu Bayam Duri /Bayan Hutan (Amaranthus spinosus )?
Tumbuhan bayam ini pada bahagian batangnya terdapat duri sehingga dikenal dengan sebutan Bayam Duri ,tumbuhan ini juga dalam keluarga A.spinosus. Bayam duri biasanya tumbuh liar di kebun-kebun yang terlantar, tepi parit/got, tepi jalan yang di daerah dataran rendah.

Ciri-ciri tumbuhan bayam ini iaitu:
  1. Tumbuh tegak, tinggi berkisar 30 – 100 cm.
  2. Batang berwarna hijau atau kemerahan, bahagian pangkal polos, bahagian atas sedikit berambut, batang bercabang dan berduri.
  3. Daun tunggal, letak berselang-seling, bentuk daun bundar telur memanjang, tepi rata kadang beringgit, panjang 1,5 -6 cm, lebar 1 – 3 cm dan berwarna hijau.
  4. Pada ketiak daun terdapat sepasang duri keras yang mudah lepas.
  5. Bunga berbentuk bola di ketiak dan berbentuk bulir, warna hijau keputihan.
  6. Buah bulat panjang, warna hijau.
  7. Biji bulat kecil dan hitam.
  8. Berkembang dengan biji.
Sifat dan Khasiat
Akar bayam duri rasanya manis, pahit dan sejuk, masuk meridian jantung dan ginjal. Berkhasiat sebagai pereda demam (antipiretik), peluruh kencing (diuretik), peluruh haid, peluruh dahak (ekspektoran), penawar racun (antitoksik), menhilangkan bengkak (detumescent), dan pembersih darah. Herba bayam duri berkhasiat sebagai pembersih darah, pelancar ASI (laktagoga), dan diuretik.

Kandungan Kimia
Bayam duri mengandung amarantin, rutin, spinasterol, hentriakontan, tanin, kalium nitrat, kalsium oksalat, garam fosfat, zat besi, serta vitamin (A, C, K dan piridoksin = B6).

Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan akar bayam duri :
  1. Desentri, diare;
  2. Sakit tenggorok, sakit gigi, demam;
  3. Radang saluran nafas (bronkitis);
  4. TBC kelenjar (skrofuloderma);
  5. Keputihan (leukorea), radang rahim;
  6. Terlambat datang haid;
  7. Kencing sedikit, kencing nanah;
  8. Batu hempedu.
Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan herba :
  • Sakit dada;
  • Bronkitis akut;
  • Kurang darah (anemia) dan
  • Keluar ASI sedikit.

PRODUK HPA --HB

HB

H.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. Selain dari itu, H.B juga dapat mengubati permasalahan berikut:-
  1. Menghancurkan batu karang.
  2. Penyakit kencing manis.
  3. Penyakit keputihan.
  4. Penyakit saraf.
  5. Penyakit kulit.
  6. Penyakit asma.
  7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.
  8. Demam panas.
  9. Penyakit kuning atau jaundis.
  10. Sifilis.
  11. Buasir.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 17 (ahli)/RM22
Sabah & Sarawak: RM 20 (ahli)/ RM25

KETEGANGAN FIKIRAN

Ketegangan fikiran mungkin berpunca dari gelombang handphone yang anda guna. Ini akan lebih ketara jika anda bercakap lama sehingga Handphone menjadi panas. Oleh itu lebih baik SMS sahaja dan gunakan phone biasa bila perlu berbual panjang. Adakah herba boleh membantu? sudah tentu terdapat herba yang baik untuk menurunkan ketegangan ini.

Ketegangan frekuansi otak dapat diredakan dengan pengambilan pokok bayam merah. Bayam merah juga menyerap gelombang bunyi sama seperti handphone dan sudah terdapat kajian di Jepun menggunakan bayam dalam handphone

Di HPA kita ada kapsul HB iaitu sinergi bayam merah dan pegaga. Ia sangat baik untuk menyerap gelombang handphone yang berlebihan dan menurunkan ketegangan di otak. InsyaAllah lihatlah keberkesananya nanti.

KUBAH MASJID DI IRIAN JAYA


Penduduk Arguni Irian Jaya membawa kubah masjid yang disumbang oleh seluruh ahli-ahli HPA. Memberi pada yang memerlukanya . Tk semua yang menyokong peniagaan HPA.amin.

Khamis, 10 Jun 2010

6 Anggota Yang Berfungsi Semasa Berdoa

Semasa kita berdoa kepada Allah s.w.t, ada 6 anggota badan kita yang turut sama2 berfungsi, menjalankan tugas mereka dalam mengabdikan diri kepada pemilik Hati ini..

1.Tangan
Tangan befungsi, ditadah dengan rasa rendah diri, mengharap keampunan, kasih sayang, keredhaan dari Allah.

2.Mata
Mata berfungsi dan mencari salah satu titik yang berada di tangan. Fokus, dan pandang pada titik tu.

3.Mulut
Mulut membisikkan bicara-bicara yang ingin dipanjatkan kepada Allah.

4.Telinga
Telinga mendengar bisikkan-bisikkan tersebut.

5.Otak
Otak membayangkan setiap patah2 perkataan yang diungkapkan. Membayangkan dosa2 yang dilakukan.

6.Hati
Hati berperanan dalam menghayati setiap patah perkataan yang diungkapkan.

InsyaAllah, dengan bantuan 6 anggota badan ini, kita akan berasa khusyuk dalam berdoa kepada Allah s.w.t.. 

SABUN BAYI

  • Sabun bayi keluaran HPA sesuai untuk kegunaan bayi dan golongan dewasa.
  • Ianya bersifat lembut dan melegakan.
  • Diperbuat sepenuhnya dari sumber alami dan semulajadi yang menjadikan sabun bayi ini sesuai untuk mengatasi kegatalan kulit dan kulit sensitif.
  • Gliserin yang diambil dari minyak kelapa sawit dan beberapa bahan lain yang diambil dari tumbuhan membuatkan sabun ini bersifat hipoalergenik (tiada kerengsaan kulit).
  • Ianya tidak mempunyai pewarna serta pewangi dan tidak mengandungi sodium laureth sulfate (SLS) iaitu bahan kimia yang merangsang pembentukan buih.
  • Kombinasi bahan semulajadi yang terdapat dalam sabun bayi ini menjadikan kulit terasa bersih, lembut dan segar serta sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 6(ahlil)/RM 8
Sabah & Sarawak: RM 8 (ahli)/RM 10

Nilai Mata (NM): 2

BEDAK BAYI IPK

Bedak IPK atau bedak bayi telah dikeluarkan dipasaran menggunakan dua jenis pewangi iaitu pewangi bayi perempuan (pink) dan bayi lelaki (biru). Ini menjadikan HPA kini mengeluarkan 4 jenis bedak wangi buat masa kini.

Satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu-ibu iaitu meletakan bedak pada bahagian sulit anak-anak. Hal ini sebenarnya tidak boleh dilakukan kerana kandungan kimia yang ada pada bedak juga boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.

Dalam HPA kita boleh menggunakan bedak delima biji yang dibuat daripada bedak sejuk dan kulit delima terutama untuk kesihatan bayi. Ia sangat baik bagi mendapatkan yis untuk kesihatan kesihatan.
 

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 5.50(ahlil)/RM 6.5
Sabah & Sarawak: RM 6.50 (ahli)/RM 8

Nilai Mata (NM): 2

MINYAK BAYI (Senak, KembungPerut,Sering Menangis)

Produk ini terdapat dalam Set Bersalin HPA. Kini mula dijual secara berasingan. Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 12(ahlil)/RM 15
Sabah & Sarawak: RM 15 (ahli)/RM 18

Nilai Mata (NM): 4

PBC 26-27 Jun 2010.

Perkongsian Bijak Cemerlang
Tarikh: 26-27 Jun 2010
Lokasi: Brisdale Hotel Chowkit,K.Lumpur
Anjuran Komuniti Cawangan Wangsa Maju.
Bayaran: RM160
Hubungi: Tn Haji Taufik.012-3036891


Rabu, 9 Jun 2010

PENAJAAN SEMULA PENGEDAR TAK AKTIF TAHUN 2006 KE BAWAH

Assalamualaikum..Salam Satu HPA

Terima kasih diatas komen yang disampaikan pada saya. Tujuan kita melakukan penajaan semula adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.

Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif (membuat belian 50 Nilai Mata ke atas setiap bulan). Sehubungan dengan ini HQ HPA mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula sebagai Usahawan HPA.

Tatacara Penajaan Semula.
1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA, kit niaga RM30.00
2. Isi borang menamatkan Keahlian Lama.
3. Tulis surat persetujuan untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
4. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
5. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh 6 bulan sebelum ditaja semula.

PENUBUHAN KELAB PELAPIS PENGARAH JATI SETIA (PJS) MALAYSIA

SYARAT DAN PERATURAN KELAB PELAPIS PJS
1. TUJUAN UTAMA PENUBUHAN KELAB PELAPIS PJS INI ADALAH SEBAGAI BARISAN KEDUA ATAU TUNJANG KEDUA YANG AKAN MENYOKONG VISI DAN MISI HPA SELEPAS PJS SEDIA ADA.

2. SELAIN ITU, KELAB PELAPIS PJS INI JUGA ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA BAKAL PJS SEBELUM BERGELAR PJS.

3. HANYA AHLI YANG LAYAK BOLEH MEMOHON UNTUK MENGANGGOTAI KELAB PELAPIS PJS INI.

SYARAT LAYAK PERMOHONAN:
i) BERPANGKAT PENGARAH JATI (PJ) DAN KEATAS YANG BELUM MENCAPAI STATUS PENGARAH JATI SETIA (PJS) SERTA

ii) MENCAPAI BONUS KESELURUHAN RM 1000.00 DAN KE ATAS.

iii) MENUNJUKKAN KOMITMEN DALAM PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH KELAB DAN PIHAK SYARIKAT.

iv) PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT MELALUI KELAB ZON MASING-MASING DAN AKAN DILULUSKAN OLEH KELAB TERSEBUT. SETIAP PERMOHONAN MELALUI KELAB ZON BOLEH BERHUBUNG DENGAN SETIAUSAHA KELAB IAITU:

KPU : PJS ISMAIL BIN OTHMAN / 019-475 2205
KPA : PJS NOR HAIDA BT RAMELI / 013-396 2550
KPT : PJS JALALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS / 013-922 1158
KPS : PJS ALIMAH BT SAM / 017-691 5967
BORNEO : NAMA / NO TEL

4. SETIAP KELAB DIKEHENDAKI MEMBERI SENARAI NAMA PESERTA BAGI TUJUAN SEMAKAN KELAYAKKAN BESERTA TARIKH PERASMIAN KELAB PELAPIS PJS BAGI KELAB MASING-MASING DALAM MASA TERDEKAT INI KEPADA BAHAGIAN PEMASARAN AL WAHIDA MARKETING SDN BHD. SILA HUBUNGI:
i. EN.MOHAMAD KAMAL BIN ISMAIL DI TALIAN 04- 977 4716 /
6806 / 013- 480 4717. ALAMAT EMAIL: jatidiri09@yahoo.com.my.
ii. CIK NORMALINA BT SHARONI DI TALIAN 04- 977 4716 / 6806/
019-221 2073. ALAMAT EMAIL: dew_beater1505@yahoo.com.

5. MAJLIS PERASMIAN KELAB PELAPIS PJS INI AKAN DIRASMIKAN OLEH WAKIL HQ

6. HANYA AHLI YANG LAYAK SAHAJA BOLEH MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN KELAB PELAPIS PJS INI.

7. PESERTA HENDAKLAH BERPAKAIAN KEMAS:
i. PESERTA LELAKI : BERJEKET HITAM DAN BERKEMEJA TANGAN PANJANG/BAJU MELAYU RAIHAN, BERSELUAR PANJANG WARNA HITAM, BERSTOKIN HITAM DAN KASUT BERTUTUP BERWARNA HITAM.

ii. PESERTA WANITA: BAJU KURUNG / JUBAH, BERTUDUNG BERWARNA HITAM, KASUT BERTUTUP, BERSTOKIN HITAM DAN BAGI PESERTA WANITA BUKAN ISLAM HENDAKLAH BERPAKAIAN SOPAN.

iii. SEMUA PESERTA LELAKI DAN WANITA HENDAKLAH MEMAKAI TANDA NAMA (NAMETAG) DALAM SETIAP PROGRAM YANG DIHADIRI.

iv. CADANGAN NAME TAG BERWARNA GOLD DAN TERTERA PERKATAAN “PELAPIS PJS” DIIKUTI NAMA PESERTA. (DIURUSKAN OLEH KELAB MASING-MASING)

8. PENGISIAN SEMASA MAJLIS PERASMIAN ANTARANYA IALAH:
i. UCAPAN WAKIL HQ.
ii. PERLANTIKAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KELAB PELAPIS PJS.

9. BAGI PRESIDEN,TIMBALAN PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KELAB PELAPIS PJS YANG DILANTIK, MEREKA LAYAK UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT PJS DAN PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH KELAB MASING-MASING. 

Ahad, 6 Jun 2010

KORDIAL KURMA + GULA PERANG

Khasiat:
  1. Kurma memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  2. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin.
  3. Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus yang kronik.
  4. Mengandungi protein dan garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih berlebihan di usus kecil.
  5. Mengatasi sembelit, namun tidak sesuai untuk penghidap diabetes.
  6. Penawar untuk masalah insomnia.
  7. Gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong justeru melegakan batuk.
  8. Unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita mengandung (baik untuk perkembangan fetus) dan selepas bersalin. Ia membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat-urat rahim, mengurangkan tumpahan darah dan redakan tekanan darah tinggi.
  9. Menguatkan ingatan, bantu tumbesaran dan menambahkan tenaga.
  10. Melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah dan merawat buah pinggang.
  11. Fiber semulajadi yang mengelak kanser kolon.
  12. Memelihara kesihatan, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangsang otot dan mata.
  13. Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh.
  14. Disyorkan untuk kanak-kanak hiperaktif.
Sedikit fakta tentang gula perang: Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.

Kandungan Utama:
Kurma

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 13/RM 16
Sabah & Sarawak: RM 16/RM 19

Nilai Mata (NM): 4

Sabtu, 5 Jun 2010

KORDIAL ASIATICA (PEGAGA)+ GULA PERANG (Batuk, Buasir, Kelesuan, Demam,Batu Karang )

Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi dengan gula perang. Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas. Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain minuman seharian. Ia juga bertindak sebagai penawar kepada masalah berikut:-
  1. Batuk
  2. Buasir
  3. Demam
  4. Kelesuan
  5. Batu Karang
Kordial Asiatica dengan gula perang. Sedikit fakta tentang gula perang: Secawan gula perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporous sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.


Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan satu bahagian pati dengan 3 bahagian air mengikut rasa.

Batuk – 1 sudu besar tanpa air
Buasir – 2 sudu besar tanpa air
Demam – Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh
Batu Karang – Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.



Harga
Semenanjung Malaysia: RM 16/RM 13
Sabah & Sarawak: RM 19/RM 16

Nilai Mata (NM): 4

Rabu, 2 Jun 2010

SPIRULINA

Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.
Manfaat Spirulina adalah:

Selasa, 1 Jun 2010

PLANTISOL (Kencing Manis, Ginjal Rosak dan Darah Tinggi)

Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-
  1. Penyakit kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
  2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
  3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.
Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Barrintoga Racemosa
2. Pithecellobium Jiringa
3. Tetra Indica
4. Tinospora Crispa
5. Andrographis Paniculata

Dos :
Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.

Semenanjung Malaysia: RM 16(AHLI)/RM 20 (BUKAN AHLI)
Sabah & Sarawak: RM 18(AHLI)/RM 22 (BUKAN AHLI)

Nilai Mata (NM): 8