Khamis, 17 Jun 2010

PEMIMPIN HPA - PJS SYED AGEEL SYED MOHD MAHAYADIN

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:
“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.

Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.

PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Daripada seorang yang pemalu dan pendiam, malah kurang bercakap, akhirnya PJS Syed Ageel mula bertukar watak dan sifat. Beliau keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan membina jaringan dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah malah beliau berkelana hingga ke Negara Brunei Darussalam, Medan dan Palembang di Indonesia.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, PJS Syed Ageel berupaya mencipta kejayaan dengan memperoleh pendapatan bulanan 5 angka sebulan. Bukan itu saja, beliau juga telah dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09 yang lalu dan meraih anugerah mengerjakan IBADAH HAJI ke Tanah Suci Kota Mekah. Kini namanya sudah sebaris dengan nama-nama besar yang lama dalam HPA. Beliau merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.

Sesungguhnya anugerah yang diterimanya itu, adalah layak dan setimpal dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukannya. Beliau cukup gigih dalam membina rangkaian. Telinga sudah tebal dengan sindiran dan cercaan. Namun beliau tidak pernah kenal erti kecewa dan putus asa. Semangatnya kuat, jiwanya kental dan beliau sangat prihatin dan positif kepada rangkaiaannya. Malah beliau merupakan idola kepada semua rangkaiannya sama ada di Malaysia, Brunei dan juga di Indonesia.

7 ulasan:

  1. Bagaimana kami hendak percaya PJS Syed Agell jikalau PJS sendiri pon tidak setia terhadap barangan keluaran HPA....Kalau kita betol2 setia kepada perjuangan HPA.... sudah tentu kita setia pada barangan keluaran syarikat itu.... ini tidak... PJS sendiri menjual dan mempromosi barangan syarikat lain atas nama AL-HADAD... ape ni...

    BalasPadam
  2. Undi Tidak Percaya26 Mac 2011 pada 4:35 PTG

    Betol kata tampa nama tu... saya setuju 100%..... kalau saya ada syarikat pon saya tak akan lantik PJS ni masuk dalam syarikat saya.... TALAM DUA MUKA.... mana perginya kesetiaan anda..... Cuba Kekawan seperjuangan baca Majlah Ikon bill002 muka surat 030..... BUKAN KEJAR WANG BERJUTA.... TETAPI MAHU MARTABATKAN PRODUK HALAL KE SELURUH DUNIA... "Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari,nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya" Bergitulah kata-kata daripada Imam Al-Ghazali yang menjadi pemankin dan cetusan semangat kepada Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin.... WAh...wah... wah..... kata-kata bersemangat.... tapi tiada kesetian dan langgar syarat-syarat atika pengedar HPA... so.... mana lah kami nak percaya kepada syed pemutar belit ni.... lu pikir la sendiri....

    BalasPadam
  3. setuju tu... aku pon tak percaya pada orang macam ni.....

    BalasPadam
  4. Mcm mana nk setia kalau dh hpa x bayar bonus berbulan2 dyeorg nk mkn apa???? Jgn di lupa, hpa naik ats usaha siapa kalau bukan dri pjs tuan syed. Cakap jgn pakai hidung,.. Merujuk kpd tagline hpa, produk halal tanggungjawab bersama.. Bukannya produk hpa tanggungjawab bersama... Jgn nk anti konsep sgt..tuan syed bukan jual babi pn... Rezeki masing2.. Bukannye tuan syed mkn duit korang pn... Beware oke!! Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol2.....sebelum mengata..cek diri kite dulu..ni pakai hentam je x thu pasal...hutang org bayarlaaa..apelah hpa nii

      Padam
  5. Apa pon muhasabah lah diri kita dulu...sebelum cari kesalahan orang lain...

    BalasPadam
  6. Apa pon muhasabah lah diri kita dulu...sebelum cari kesalahan orang lain...

    BalasPadam